Contents
- Dapatkan Bahan PAK21 Pendidikan Abad Ke-21 Hanya DISINI
-
- Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan
- RPT Matematik KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Sejarah KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Geografi KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Sains KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Bahasa Inggeris KSSM Tingkatan 3 2019
- Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan
- Selain Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019- Semakan…..Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….
- PEMBELAJARAN ABAD KE 21
- Related posts:
Apa khabar diucapkan semua ibu-bapa di website pendidikan menulismenconten.my ini. Saya berharap anda semua sejahtera hendaknya. Perkongsian kali ini sangat-sangat mengkagumkan oleh kerana saya akan berkongsi Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan.
Untuk pengetahuan ibubapa semua, perkongsian yang kamu mahu ini boleh di perolehi dengan mudah di blog pendidikan ini. Kamu hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah disarankan kepada anda semua. Kemudiannya, gunakan bahan-bahan yang kamu perolehi daripada eduweb ini dengan sebaiknya. Untuk tidak melengahkan masa lagi, mari kita lihat perkongsian kali ini.
Dapatkan Bahan PAK21 Pendidikan Abad Ke-21 Hanya DISINI
Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan mengandungi keseluruhan RPT untuk semua subjek untuk Tingkatan 3. Rancangan Pelajaran Tahuan adalah dokumen secara ringkas isi pengajaran dan pelan proses mengajar P&P secara bertulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah mekanisme dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang kompetatif.
Rancangan Pelajaran Tahunan RPT yang disediakan oleh guru-guru perlulah dimasukan elemen pelaksanaan PAK-21 yang menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Digital Kementerian Pendidikan. Ini adalah selaras matlamat Kementerian Pendidikan dalam program merealisasikan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) serta menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan | |
PERKARA | RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN |
SILA CLICK SEBELAH UNTUK |
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|
Selain Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019- Semakan…..Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….
Himpunan RPT KSSM Tingkatan 1 2019 – Semakan
- Himpunan RPT KSSM Tingkatan 2 2019 – Semakan
- Himpunan RPT KBSM Tingkatan 4 2019
Himpunan RPT KBSM Tingkatan 5 2019
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK Ke-21) adalah pembelajaran yang menekankan berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.
Rancangan Pelajaran Tahunan yang baik akan melahirkan pendekatan yang dapat dikembangkan seterunya akan menjadi bahan rangsangan kepada satu konteks kehidupan sebenar, sebab dan akibat serta lain-lain persoalan seterusnya menjana pemikiran kolaboratif, komunikatif, kreatif dan kritis serta nilai dan etika kepada pelajar. Ini adalah berbeza dengan pendekatan kepercayaan lama yang menggunakan pengisian berulang seperti latih tubi.
Pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat begitu mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid mereka pada abad ke-21 kelak.
Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas.
Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara ‘chalk and talk’ tidak relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan ‘smart board’ seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.
Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa.
Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian guru Bahasa Melayu secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.
Syukur dapat juga kami berkongsi Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan ini. Semoga bermanfaat.
Buat semua pelawat, diharap dapatlah berikan bahan dari taman pendidikan ini pada orang ramai. Betul, tekan gambar sosial media dan sebarkan bahan ini. Ianya mungkin sangat berguna juga bagi rakan kita yang lain. Siapa sangka, perkongsian kita ini boleh menjadi amal jariah untuk anda juga. Akhir kalam, semoga semua ilmu bermanfaat yang anda dapati dan kongsikan ini berkat. InsyaaAllah. Terima kasih semua dan pastikan anda sebarkan artikel bertajuk “Himpunan RPT KSSM Tingkatan 3 2019 – Semakan” ini.