Fakta Dan Sejarah Sambutan Hari Guru

Fakta Dan Sejarah Sambutan Hari Guru

1 views

Assalamualaikum semua ibu-bapa di laman web menulismenconten.my ini.

Pada saat ini sangat hebat disebabkan penulis akan berkongsi Fakta Dan Sejarah Sambutan Hari Guru.

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Image result for selamat hari guru

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/gurubesar dan Follow kami di Telegram di https://telegram.me/gurubesar7 untuk pelbagai info, maklumat serta bahan terkini…..



TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU

  • 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  • 1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
  • 1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
  • 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
  • 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
  • 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1985 – Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1989 – Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1992 – Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2011 – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru , Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Alhamdulillah dapat juga admin memaparkan Fakta Dan Sejarah Sambutan Hari Guru ini. Semoga berguna.